Wednesday, 23 March 2011

Resipi Kek Gula Hangus a.k.a Saranghey Semut :)

yaaaaa,, bertemu kembali kita dalam rancangan "bila ibu den masok dapur!"
hahahaha...!!! adoiyai..
 ok2.. ibu kami memang suka sangat memasak sampai kami memang tidak reti order bila makan kat luar.
setiap kali makan kat luar, adik - beradik makan menu yang sama!
tak pernah nak mencuba makanan yang lain..
bila dah besar sikit.. (sikit ke?) barula dah taw macam mana nak order selain daripada makanan lain..
nak pergi beli makanan kat kantin sekolah.. 
kesimpulannya, makanan ibu o emak kitalah menjadi pojaan hati kuuu!!!

ok2..mukadimah memang panjang sangat sebelum nak taw resipikan..haha!!
so, ibu kami memang selalu buat kek ni sejak dua menjak ni..
Beliau memang suke sangat wat kek ni sebabnya die wat mesti jadi!
dan kek ni memang senang nak wat!
inilah resipinya....

Gula Pasir (putih)  1 mangkuk
Air masak 1 mangkuk
Susu Pekat 1 Cawan
Mentega 1 Cawan
Telur 6 biji
Tepung 1 mangkuk 
Baking powder 1 sudu
Perisa Vanilla 1 sudu

Cara - cara membuatnya:

1. Masukkan gula ke dalam periuk untuk dimasakkan. Biarkan sampai ia menjadi perang.
2. Sementara itu, ayak tepung bersama baking powder.
3. Pukul telur sehingga kembang.
4. Ketika gula sudah masak, perlahan - lahan masukkan air masak ke dalam kuali. (perlahankan api sebelum memasukkan air masak ke dalam kuali) Kacau gula sampai cair.
5. Campurkan susu, mentega dan telur yang dipukul sehingga kembang.
6. Apabila gula sudah cair dimasakkan, masukkan setengah gula cair pada campuran susu mentega dan telur tadi.
7. Kacau sehingga campuran sebati.
8. Masukkan tepung ke dalam campuran tadi.
9  Masukkan lagi setengah gula cair. Kacau sehingga sebati. Kalau campuran tidak sebati,(tepung berketul) tapiskan campuran. Masukkan perisa vanilla.
10. Masukkan ke dalam adunan yang telah salut mentega. Bakar selama 40 minit dengan suhu 180'c.



taadaaa~~~~!!!
ok semua... resipinya sudah ada.. apalagi marilah mencuba resipi ini..
memang sodap! disukai ramai..
nanti kalau omey ada resipi lain..
omey akan postkan yerk!
sayonara!!!~~ cube jangan tak cube k!








 

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. hahahaha....kak atin skema nyer ayt.... KAMI!
    huahuahuah....

    ReplyDelete
  3. memang skema..hahahaha!!!!
    akak kan sowg yang supan lagi santun... ahaks!

    ReplyDelete